Saturday, 18 October 2014

EDU 3083 TDP WEB 2.0

1.0 DefinisiWeb 2.0” 

Web 2.0” (2004 hingga sekarang) adalah satu istilah yang terkenal bagi kemajuan teknologi internet dan aplikasi-aplikasinya seperti “blog”, “Wikipedia”, RSS (really simple syndication) dan “bookmarking social”. Aplikasi-aplikasi web tersebut merupakan aplikasi-aplikasi yang memudahkan perkongsian maklumat secara interaktif dan kolaborasi di dalam “World Wide Web”. “Web 2.0” ini juga merupakan sebuah halaman yang membolehkan para pengguna berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain. Selain itu para pengguna juga boleh mengubah kandungan laman web. Hal ini berbeza dengan “non-interaktif website” yang mana pengguna hanya boleh melihat maklumat yang diberikan kepada mereka. 
Istilah tersebut juga berkait rapat dengan Tim O’Reilly kerana pada tahun 2004 telah diadakan satu persidangan mengenai konsep dan isu-isu “Web 2.0” oleh O’Reilly Media dan MediaLive International. Istilah ini juga digunakan untuk menunjukkan versi baru bagi “World Wide Web” yang juga diistilahkan sebagai “Web 1.0”. 

Rujukan: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0 
whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci1169528,00.html 

2.0 Ciri-ciri “Web 2.0” 

Berdasarkan beberapa sumber rujukan daripada internet, didapati ciri-ciri bagi “Web 2.0” adalah seperti berikut: 

• Blog 
• AJAX (Asynchronous Javascript And XML) dan teknologi-teknologi baru yang lain 
• Google Base dan perkhidmatan-perkhidmatan web percuma 
• RSS (really simple syndication
• Bookmark sosial 
• Wikipedia dan aplikasi-aplikasi yang lain 
• Dinamik (fleksibel) berbanding dengan kandungan halaman yang static 
• Ensiklopedia dan kamus interaktif 
• Kemudahan membina, mengubahsuai atau membuang data oleh individu pengguna 
• Permainan yang lebih maju 
• Pengasingan dan pengformatan 
• Pengguna boleh mengangkat satu-satu artikel 

Walaupun “Web 2.0” ini lebih memudahkan pengguna, namun ada beberapa pihak yang mengkritiknya dan menyatakan bahawa terdapat kesan-kesan negatif daripada kemudahan tersebut kepada kredibiliti, etika dan kandungan web. Bagi pembela “Web 2.0” pula, mereka menyatakan bahawa kesan-kesan atau masalah seperti itu telah lama wujud. Manakala bagi beberapa pakar industri, mereka berpendapat bahawa “Web 2.0” hanyalah sebuah tahap peralihan daripada “World Wide Web” (Web 1.0) kepada tahap yang lebih kukuh yang mana dinamakan pula sebagai “Web 3.0”. 

Rujukan : 
http://en.wikipedia.org/wiki/Web_2.0 
href="http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci1169528,00.html">http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci1169528,00.html 
http://hasbullah.pit.my/2008/09/apa-yang-anda-faham-tentang-web-2.0.html 

3.0 Kelebihan dan kekurangan "Web 2.0" 

3.1 Kelebihan “Web 2.0” 

Berdasarkan sumber-sumber rujukan yang saya telah baca, kelebihanWeb 2.0 antaranya adalah pada kegunaannya yang bersifat interaktif. Hal tersebut membolehkan pengguna secara langsung atau terus berkongsi apa juga maklumat dengan pengguna lain selain dapat berinteraksi bersama dan terlibat secara langsung dengan kegiatan yang sedang berlangsung di dalam web tersebut. 

Rujukan: 
http://blog.unvinged.com/tag/web-2.0/ 

Selain itu, Web 2.0 juga membolehkan semua pengguna saling memberi dan memasukkan maklumat sehingga berlaku pengumpulan informasi yang banyak seperti wikipedia. Demokrasi dalam alam digital juga berlaku kerana tidak ada larangan untuk menulis apa pun sebagai suatu informasi. Dengan itu, pengguna dengan mudah boleh mendapat dan mengumpulkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Contoh yang paling biasa dan diketahui ialah seperti surat khabar online

Rujukan: 
http://yanto.staff.ugm.ac.id/?p=43 

3.2 Kekurangan "Web 2.0" 

Secara umumnya kekurangan Web 2.0 adalah kerana sifat terbukanya yang membolehkan pengguna meletakkan data pada server dengan mudah. Jika berlaku masalah seperti sistem down, pengguna tidak akan dapat menuntut atau mencari data tersebut. Selain daripada itu,Web 2.0 juga menyebabkan kebergantungan pengguna terhadap internet meningkat sehingga tidak dapat mencari alternatif lain jika internet bermasalah atau terputus. 
Kekurangan Web 2.0 juga termasuk kesan negatif akibat sifat keterbukaan web tersebut. Pengguna dengan mudah boleh berhubung dan bertukar-tukar data sehingga hak cipta sesuatu produk juga dengan mudahnya dilanggar dan dicabuli. 

Rujukan: 
http://yanto.staff.ugm.ac.id/?p=43 

4.0 PERBEZAAN WEB 1.0 BERBANDING WEB 2.0 

 Web 1.0 adalah mengenai pembacaan V/S Web 2.0 adalah mengenai penulisan. 
 Web 1.0 adalah tentang syarikat V/S Web 2.0 adalah tentang masyarakat. 
 Web 1.0 adalah client-server V/S Web 2.0 adalah tentang rakan-rakan. 
 Web 1.0 adalah tentang HTML V/S Web 2.0 adalah tentang XML. 
 Web 1.0 adalah tentang laman utama V/S Web 2.0 adalah tentang blog. 
 Web 1.0 adalah tentang portal V/S Web 2.0 adalah tentang RSS. 
 Web 1.0 adalah tentang taksonomi V/S Web 2.0 adalah tentang tag. 
 Web 1.0 adalah tentang kabel V/S Web 2.0 adalah tentang wayarless. 
 Web 1.0 adalah tentang pemilikan V/S Web 2.0 adalah tentang pemkongsian. 
 Web 1.0 adalah tentang IPO V/S adalah tentang perdagangan. 
 Web 1.0 adalah tentang Netscape V/S Web 2.0 adalah tentang Google. 
 Web 1.0 adalah tentang boring web V/S Web 2.0 adalah tentang aplikasi web. 
 Web 1.0 adalah dialup V/S Web 2.0 adalah broadband. 
 Web 1.0 adalah mengenai kos hardware V/S Web 2.0 adalah mengenai kos bandwith. 

Rujukan : 
http://joedrumgoole.com/blog/2006/05/29/web-20-vs-web-10/ 

http://sufie89.blogspot.com/2010/01/mts1022-tugasan-individu.html 

'Wasta'3inuu bissobri was solaah"